Isnin, 13 Ogos 2012

" Kasihnya anakmu " :'(


Suatu hari, gadis kecil berumur 11 tahun itu demam panas. Ibu dan ayahnya mulai digamit kerisauan. Entah kenapa, 
panadol pun seolah-olah tidak memberikan kesan untuk mengurangkan demam anak mereka.

Lantas si ibu dan sang ayah segera membawa anak gadis mereka ke hospital.

Doktor memaklumkan si anak perlu ditahan di wad untuk rawatan lanjut. Katanya si kecil tersebut mengalami pendarahan dalam perut. Telahan awal mungkin kerana makan yang tidak menentu sebulan dua ni.

Si ibu stay di hospital sementara si ayah pulang ke rumah mengambil barang-barang keperluan asas anaknya selama berada di wad. Pakaian dan sebagainya.

--------------
Ayah membuka almari pakaian anaknya. Dilihat beg galas sekolah anaknya berisi sesuatu. Lantas dibuka zipnya dan dilihat isi dalamnya.

Tiba-tiba sang ayah menitiskan air mata. Dilihatnya ada dua pasang jubah. Disimpul kemas dengan reben tampak kreatif. Terselit nota kecil;

"Assalamualaikum abah,
ma.

Ini hadiah Ramadan dari
anakmu. Selama dua
bulan ini adik mengikat
perut untuk membelikan
hadiah yang tak seberapa
ini untuk abah dan ma.
Jujur, adik iri hati pada
seorang rakan ni. Waktu
pulang dari sekolah,
kelihatan ayah dan
ibunya berjubah
menjemputnya dari
sekolah. Senang hati ini
melihatnya. Tapi abah
datang dengan seluar
pendek, ma dengan tshirt
dan jeans tanpa tudung di
kepala datang
menjemput di sekolah.

Abah..ma..adik tidak
bermaksud untuk
menyakitkan hati abah
dan ma. Terimalah hadiah
dari adik ni untuk abah
dan ma. Itupun jika abah
dan ma sudi.

Abah..ma..Kasih kita,
kasih ke Syurga...

(Tulus - anakmu). "


--------------
Si ayah segera memecut ke hospital apabila menerima panggilan telefon dari si ibu. Katanya kritikal.
Sesampainya di wad, kelihatan si ibu sudah teresak-esak. Dengan wajah hampa. Air mata duka.

-------------
Hari ini, 15 Ramadhan. Kelihatan sepasang suami isteri dengan lengkap berjubah berjalan beriringan ke masjid untuk menunaikan solat terawih. Biasanya bertiga. Tapi kali ini hanya berdua. Di hati tetap bertiga. Sampai bila bila~ :')

  "Kasih kami sampai ke Syurga"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Black Moustache