Khamis, 11 Oktober 2012

Aku Terima Nikahnya MOVIE (>^___^)>♡<(^___^<)

" Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu..Kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya...Dan bila suatu masa dia hilang dari pandangan mu,kau akan menyedari dia adalah cinta yang tak pernah kau sedari~ "   :(


Itu laa kata2 terakhir Adi Putra dalam Slot terakhir movie "Aku Terima Nikahnya" ni...cantik ayat ni...tersentuh di Qolbu ku!! hehe~ bagi aku mula2 crita ni da slow ckit sbb asyik mau ber-romance2 (skadar lari2 brkejaran & kucup2 nakal jak..haha~ =.=" pa laa aku mrepek ni..)..last2 bru laa ada sedeh sikit...eh? bukan sikit tapi BANYAK! sampai berjejeran ayaq mat0 aku ni...habis smua merembes kluaq! setitih pon tak tinggal lg~ h0h0~ malu aku..org tgk aq nangis2..padahal org sblh, dpn, & blkg slumber ja...aku pulak yang feeling abis~ ahaha~ 0verall, aku bagi 3.5 over 5 star!! TAHNIAH2!!

Dengan Lafaz "Aku Terima Nikahnya" kau milikku~
(Aisehmen!! rsa mcm mau kawin pulak! kwang2~ :P)
 

Isnin, 8 Oktober 2012

Oh Bioteknologi~!! :)

Tadi ada test 'Gerak Gempur' di skolah...subjek Pengajian Am...Amboih~ skali kluar pasal kepentingan bioteknologi?? huhh? apakah?? tettt!! 1 benda pn aku x blh hurai...senang crita aku terpaksa tukar tajuk lain..menyesal jugak laa sebab x buat ulg kji psl ni...tp, xpa..skg aku sdh tau 'binatang' apa bioteknologi ni sebenarnya..ahaha~ ini  serba sikit yang dapat aku kongsikan.. JOM CHECK IT OUTTT!! \(^_______^)/

BIOTEKNOLOGI bukanlah suatu bidang yang baharu pada dasarnya. Namanya sahaja telah diubah 
seiring dengan perkembangan semasa. Maksud bioteknolgi ialah penggunaan/ aplikasi hidupan atau produk daripada hidupan untuk kegunaan manusia atau alam sekeliling untuk menghasilkan produk-produk baharu dan seterusnya menyelesaikan pelbagai masalah yang membabitkan kepentingan semua pihak.


Kepentingan/Sumbangan Bioteknologi



1. Sumbangan dalam Bidang Perubatan.
-Genetik seseorang dapat diubahsuai
-Mengurangkan risiko penyakit mental
-Mengelakkan penyakit tertentu seperti kanser dan penyakit kencing manis(diabetes)
-Genetik manusia kerdil boleh melahirkan manusia normal
-Membantu ibu-ibu yang sukar mengandung

2. Sumbangan dalam Bidang Pertanian.-Baka ternakan dan tanaman terbaik dapat dihasilkan
-Kaedah kultur tisu dan pengklonan mempercepatkan pembiakan tanaman
-Dapat menghasilkan baka padi yang mengeluarkan hasil yang banyak dan cepat matang
-Pengklonan haiwan membolehkan pembiakan secara besar-besaran dan mempunyai daya tahan penyakit
-Penggunaan hormon membolehkan haiwan cepat membesar dan matang



3. Menjadi Tenaga Alternatif.
-Pengeluaran biogas daripada selulosa dan bahan buangan pertanian dapat membekalkan tenaga kepada manusia
-Dapat mengurangkan kebergantungan kepada bekalan tenaga fosil
-Dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar

4. Dapat Mengatasi Masalah Pencemaran Alam Sekitar.
-Alam sekitar yang kotor mengancam kesihatan manusia
-Mikrob mampu mempercepatkan pereputan bahan buangan manusia
-Mikrob juga mampu menghuraikan najis sepenuhnya
-Pencemaran dapat dikurangkan dan manusia serta alam sekitar dalam keadaan baik

5. Dapat Memajukan dalam Industri Pengeluaran Makanan.
-Ramuan bahan kimia dapat meningkatkan hasil pengeluaran makanan manusia
-Menjadikan makanan lebih sedap dan tahan lama
-Mikrob dan bakteria digunakan dalam menghasilkan pewarna, pemanis, dan perasa dalam makanan

6. Membantu bidang forensik Prosedur Restriction Fragment Length Polymorphism (RFLP) untuk mendapatkan imej protein yang berlainan dalam DNA seseorang.
-Dapat mengenalpasti penjenayah melalui tisu dan bendalir badan seperti darah, air mani, dan akar rerambut.

Kesimpulannya, penyelidikan dan pembangunan(R&D) bioteknologi sedang giat dijalankan. Usaha ini perlu diteruskan kerana dapat memberi sumbangan yang besar kepada kehidupan manusa bahkan juga alam sekitar...:)



Black Moustache